Friday, February 25, 2011

8 Langkah Kalau Nak Pecah Rumah Aku



  • Sampai kat rumah aku , ko mesti lalu depan sebab kat belakang rumah aku ada balai polis . biler panjat pagar rumah aku ko kene buang semua alat besi sebab kat pagar aku tu dah disetkan rifle 554-212e yang automatic tembak ko hingga berkecai kalu ader benda besi kat badan ko.
  • Masuk jer halaman rumah aku , ko akan jumpe sebuah robot guard , tapi jangan takot sebab kalu ko lari , robot kt luar rumah aku dah sedia lepaskan torpedo ke arah ko. Pergi jumpa robot tu cakap ‘assalamualaikum , saya ni rakan tuan empunya rumah , nak rompak kawan saya punya harta , terima kasih ‘ .pastu robot tu kluarkan lampu merah kat badan dier menandakan ko selamat . kalu lampu hijau , ko akan pusing belakang dan bazooka sepanjang 5 meter telah target hati ko dengan jarak hanya 1 meter dari ko. 
  • Robot tu akan beri sebiji dadu pastu ko kene lempar kat lantai . kalu ko dapat 1.3.5,ko kene masuk melalui pintu depan . kalu 2,4,6 , ko terpaksa angkat tangan sebab 246 pegawai polis sudah bersedia kt pintu depan rumah aku nak tangkap ko .Pintu depan tu ader dua . satu belah kiri dan satu belah kanan , ko kene lalu sebelah kanan sebab biler ko masuk kiri , pintu tu akan tertutup automatic dan ko hanya akan nampak 5 ekor harimau liar sedang baca doa makan .
  • Masuk saje pintu kanan , ko akan jumpa adik aku berusia 6 tahun , pastu ko kene maen tepuk amai-amai ngan dia 5 kali , kalu adik aku menangis , ko kene pujuk dier hanya guna perkataan ‘senyumlah;’ sebab kat ruang tu dah dipasangkan meriam buluh yang automatic berlepas kalu air mata anak aku mengalir. Kalu adik aku happy , akan ader satu pintu ruang tamu akan terbuka dan ko kene masuk dengan sebelah kaki saje sebab lantai tu akan bakar ko kalu ader dua tapak kaki , makne nyer ko kene jalan sebelah kaki masuk dalam ruang tamu.
  • Masuk jer ruang tamu , kat depan ko ader satu pistol , satu machine gun , satu rifle dan satu sniper . ko kene pilih satu dan kene tembak salah satu antara 3 televisyen kat depan ko . biler ko tembak , salah satu televisyen tu akan jatuh ke tanah dan kluarkan dua kad. Satu kad chance dan satu kad fate . kalu ko terpilih chance , maknenyer ko kene pergi naik tangga tingkat dua rumah aku dan dan cari bilik aku yang warna merah . kalu terpilih fate,ko akan nampak 5 biji lubang kat depan ko . tu bukan lubang , sebaliknya tu ialah teropong senapang sniper aku dah sedia nak tembak ko .
  • Sampai jer depan bilik aku , ketuk pintu 5 kali dan buka tombol pintu dan ader 5 pelayan akan bersihkan habuk dan peluh kat ko.pastu ko datang depan aku dan cakap ‘ saya nak rompak rumah encik dan segala harta yang encik ada , kerjasama encik amat saya hargai dunia akhirat dan harta encik saya sedekahkan 50 peratus kat anak yatim dan 50 peratus lagi saya guna untuk buat kubur saya .
  • Pastu aku akan bagi ko air just epal utk ko minum.lepas ko minum samapai habis aku akan bagi cek bernilai 10 juta atas nama aku dan duit rm50000 utk ko kahwin nanti . patu ko kene ucap terima kasih dan cium tangan dan kaki aku sebagai penghargaan . lepas tu ko kene turun dari tingkap bilik aku melalui tali yang aku dah sediakan utk ko lari ke depan rumah . sampai kat halaman depan rumah , ko kene berjalan perlahan – lahan sebab kalu ko lari , ko akan nampak cakera predator datang melayang tepat kat kaki ko dan kaki ko bakal melayang . biler sampai kt tengah halaman tu ko kene pusing menghadap rumah aku dan nampak adik aku berusia 6 tahun cakap ‘ terima kasih encik sebab maen dengan saya ‘ pastu ko kene cakap ‘ sama-sama.
  • Pastu robot guard aku akan iring ko ke pintu pagar , sampai kat pintu pagar tu ko kene undur sepuluh langkah dari robot guard aku dan robot tu akan cakap ‘SEMOGA TUAN HIDUP PANJANG DENGAN CEK PALSU , DUIT BUATAN SENDIRI SERTA JUS EPAL YANG DILETAKKAN RACUN PALING BERBISA DALAM AIR YANG KO DAH MINUM TU , TERIMA KASIH , SILA DATANG DI KEMUDIAN HARI 

1 comment: