Tuesday, March 8, 2011

Kenapa Lelaki Mudah Bosan?




Pernah terpikir tak kenapa lelaki mudah bosan ngn awek die? Ramai perempuan yg kat luar sana tu pikir lelaki tu tak cukup sorang, nampak yg cantik lg dari awek die terus tinggalkan awek die, kasanova laa, n whatever. Oke kat sini aku nak share something kenapa lelaki mudah BOSAN dengan insan yg bernama PEREMPUAN dan merupakan KEKASIHnya. :)


Meminta-minta
Sifat perempuan yg suka mintak2 ni an membuatkan lelaki ni naik rimas dgn perangai si dia. Sifat lelaki ni sememangnye tak suka mintak2 malah lebih senang utk membiarkan saja perkara tu terjadi dari melayan kehendak si dia. Utk mengeratkan hubungan korang, cube bagi reaksi supaya die memahami kehendak kamu bukan dgn care mendesak ataupun memintak2. Dalam situasi ni 'body language' memang memainkan peranan penting utk menyampaikan mesej yg terbuku dan meluap2 kat hati.


Tak ada aktiviti seronok
Lelaki memang gemarkan sesuatu yg baru n menyeronokkan. Mereka lebih gemar sekiranya si dia juga memahami dan bersama memberikan semangat utknya melakukan aktiviti yg diminati. Tetapi tak ramai golongan hawa ni memahami kegemaran boyfienye terhadap aktiviti yg diminati. Sebab tu laa jika dirasai girlfriend mereka tidak memberikan sokongan moral, membebel atau mengomel xpun langsung tak merestui ape yg digemari. Kompom si lelaki ni akan cepat bosan. Takkan asyik nak buad aktiviti skema je an cam tgk wayang je, xsyok laa!


Tak ada sikap ingin berubah
Sudah menjadi sejarah peradaban lelaki diangkat sbg khalifah ataupun pemimpin di muka bumi ni. Walau bagaimanapun, seseorang lelaki tu tak patut bersifat terlalu dominan ataupun diktator, sebaiknye sama2 bertoleransi dgn kekasihnya dalam kelancaran perhubungan. Namun tidak dinafikan ada lelaki bersifat diktator dan mahukan si dia mengikut telunjuknya. Ingnkan kekasihnya mengikut acuan yg dibentuk termasuklah dari segi sikap, pembawaan diri dan perangai. Jika kekasihnya tidak menuruti, sang arjuna ini akan mudah melenting dan menganggap korang ni tidak mahu bekerjasama membentuk perhubungan. Maka mudah laa lelaki tu naik bosan dan mencari pengganti yg mudah mengikut katanya. Walau bagaimanapun, tak semua perkara tentang sifat korang yg perlu korang ubah dan perlu sentiasa mengikut telunjuk lelaki tu. Make sure ia relevan dan tidak bertentangn dgn peradaban manusia. Tak salahkan utk kebaikan bersama kalau korang berubah?


Berulang-ulang
Melakukan perkara sama yg berulang2 sememangnya membuatkan lelaki bosan dgn kekasihnya. Kadang2 korang tak tau bahawa perbuatan korang tidak disenangi oleh lelaki. Mungkin ramai yg memberi pandangan bahawa bercakap dgn telus akan membuahkan hasil yg baik malah berbicara tentang isi hati lebih baik. Contohnya jika melakukan kesilapan yg sama, siapa laa yg mampu bertahan jika ia asyik berulang2 bagaikan tiada penghujung? Hari ni mintak maaf, esk buad lagi. Begitu juga dgn memberikan hadiah yg sama. Aduhhh tak ada hadiah lain ke nak bagi smpai timbul kebosanan terhadap si lelaki. Lelaki amat menyukai sesuatu yg misteri atau kejutan. Jadi korang kene laa lebih kreatif dalam memberikan keseronokan kepada kekasih yg korang syg bangat tu!


Bersikap dingin
Sifat sentiasa dingin merupakan perkara yg paling menjengkelkan lelaki. Malah kadang2 korang suka melepaskan kemarahan dgn menunjukkan sifat dingin tidak menentu kepada boyfie korang. Kepada si gadis yg bersifat dingin tu, jgn laa teruskn tingkah laku sebegini malah cuba utk meredakan keadaan yg mana diri kamu sendir perlu menjadi air dalam meredakan bara api. ;) 

3 comments: